Friday, June 29, 2018

CONTOH SURAT SOKONGAN


Ruj. Kami   :
Tarikh         :

Bahagian Pengurusan Akademik
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Aras 4, Bangunan Canseleri Sultan Iskandar
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM  Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM

Tuan/Puan, 

SOKONGAN  PERMOHONAN  MENGIKUTI IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (MEKANIKAL) 

Merujuk  perkara  diatas,  saya  Mohd Basiran Bin Md Jamil, Ketua Unit Pengajian Am Matrikulasi, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor memohon pertimbangan  pihak  tuan/puan  dalam  permohonan ini  kepada  Abdul Rahman bin Samian.

2.         Untuk makluman  tuan/puan,  pelajar  ini merupakan salah seorang pelajar Jurusan Kejuruteraan di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor sesi 2018/2019.  Semasa di kolej ini, pelajar ini terlibat aktif sebagai Pengerusi Pembimbing Rakan Dinamik.  Beliau juga telah mewakili kolej ini dalam Kejohanan Olahraga Kolej Matrikulasi yang telah diadakan di Kolej Matrikulasi Selangor dalam acara Petanque.  Selain itu, pelajar ini juga sering terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti pelajar di peringkat kolej.  Penglibatan aktif pelajar ini turut disertai dengan pencapaian cemerlang dalam akademik di mana pelajar ini mendapat PNGK 3.8 keseluruhan dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi, PSPM sesi 2018/2019.

3.         Sehubungan itu, saya dengan rasa berbesar hati menyokong permohonan Abdul Rahman bin Samian untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) yang ditawarkan oleh pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



MOHD BASIRAN BIN MD JAMIL
Ketua Unit Pengajian Am Matrikulasi
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
.  



CONTOH SURAT IRINGAN


Siti Solehah binti Sahlan
Jalan Dedalu 5, Taman Dedalu Hilir
83500 Parit Kering, Batu Besar
JOHOR
_______________________________________________________________________

Bahagian Pengurusan Akademik
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Aras 4, Bangunan Canseleri Sultan Iskandar
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM  Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM                                                                   9 Jun 2018

Tuan,

PERMOHONAN  MENGIKUTI IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (MEKANIKAL)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa saya, Siti Solehah binti Sahlan (001120-01-5793) sangat berminat untuk meneruskan pengajian dalam Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) di Universiti Teknologi Malaysia.

3.         Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan perkara-perkara berikut untuk perhatian dan tindakan pihak tuan:

                                                       i.            Borang Permohonan yang telah dilengkapkan
                                                     ii.            Resume
                                                   iii.            Surat Sokongan

4.         Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,



SITI SOLEHAH BINTI SAHLAN



CONTOH RESUME


Saturday, June 23, 2018

Strategi Pembelajaran Pengajian Am Matrikulasi

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Pengajian Am Matrikulasi:
1.  Tutorial
2.  Student-Centered Learning (SCL)





Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan pelajar
  1. Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  2. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
  3. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
  4. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.
  5. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari.
  6. Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.
  7. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.
Jenis-Jenis Strategi

Strategi Direktif
Pelajar belajar melalui penerangan tentang konsep/kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan dengan bimbingan guru.

Contoh : Kuliah, latih-tubi


Strategi Pemerhatian
Pelajar belajar dengan memerhati perbuatan orang lain atau perlakuan sesuatu kemahiran.

Contoh : Demonstrasi, ‘modelling’.

Strategi Mediatif
Pelajar belajar melalui interaksi yang dirancang oleh guru untuk menolong pelajar.

* belajar bagaimana mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah
* membuat keputusan
* mengenalpasti andaian
* menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis


Contoh: ‘dialectical reasoning’, ‘concept attainment’, ‘concept formation’, ‘inquiry training’, ‘open-ended discussion.’

Strategi Generatif
Murid digalakkan menjanakan idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu pelajar menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan idea asli atau unik.

Contoh: Sumbangsaran, pemetaan minda, ‘synectics’, pemikiran lateral dan kreatif, metafora

Strategi Kolaboratif
Pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masaalah.

Contoh: Pembelajaran koperatif

Strategi ‘Outside-context’
Pelajar belajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu tempoh masa.

Contoh: Seminar, bengkel, projek

Strategi Metakognitif
Pelajar memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang difikirkan:

* Apakah yang saya telah belajar?
* Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya?
* Apakah bantuan yang saya perlu?

### Sumber:  http://mahirppb.tripod.com/LAMAN WEB RASMI SK KIONSOM INANAM, SABAH

Spesifikasi Kurikulum Pengajian Am Matrikulasi

1. Nama Kursus Pengajian Am Matrikulasi 2. Kod Kursus WP001 3. Nama Staf Akademik Emm...